Thursday 28 July 2011

FRIDAY

Hi semua ! Hari ni nak cerita pasal hari jumaat yang agak malang ye anak anak. Sobsob :(

Bangun pagi dengar bunyi hujan. Dah tarik selimut dah nak sambung tidur. Tapi fikir dah lama skip class ni, hoho bangun la jugak kan. Dah sampai college, duduk dalam kereta fikir macam mana nak redah hujan. Duduk punya lama ambil keputusan pakai payung je la kan sebab kalau nak try nasib masuk dalam college, pak guard gedik for sure tak kasi masuk. Ahh benci college ni. Lain kali sediakan tempat parking kereta banyak banyak. Meluat !

Lepas tu masuk class dah lambat. Buat muka segan sebab bawak payung. Hahaha. Ahh budak class dah bahan bawak payung la apa la. Aduhai, habis function payung tu apa kalau tak guna time hujan and panas terik ? Tak kan buat hiasan ? Ahh stress lagi. Haha. Lepas tu cool study semua and dah tiba masa balik. Hari jumaat satu class je. Hehe. Then Farid Azwar and Izzat nak tumpang balik. Oh no hal bebeh. Boleh je.

Tiba la saat malang. Kunci kereta hilang ! Saya dah syak kunci mesti tertinggal dalam kereta. Izzat suruh cool. Dia dah call kawan kawan lain. Sampai dekat kereta, ahh memang benar telahanku. Benci ! Dah la tak ada spare key. And muncul la kawan kawan semua. Taufiq and Safuan. Lepas tu Jimmy and Don. Then datang pulak Syaza and Izzati. Mira, Erma, Izzat and Farid Azwar memang dah setia terpacak dekat tepi kereta tu. Oh ya Farid muhadi pun ada. See, Kami buat perkampungan sementara dekat situ. Semuanya try nak cari dawai or pembaris besi. Erma dengan safuan siap pergi masuk college balik nak cari bahan bahan tu dekat swimming pool belakang dewan. Ahh terharu sangat ! Serious rasa nak menangis sebab rasa semangat setia kawan kitorang sangat kuat ! Sobsob.

Akhirnya pintu itu berjaya dibuka setelah diorang rosakkan payung saya. Tak apa lah. Saya redha. Huhu. Jimmy yang buat. So, he is my superhero. Hahahahaha Okay enough. Thanks semua ! Sumpah serious terima kasih korang. Really appreciate it :') Ahh terharu la gila ! Okay bye ! :')

Sunday 10 July 2011

PAGI

Okay di pagi yang indah. Bangun awal dengan semangat berkobar kobar nak pergi ke class *muntah

Dah mandi, iron baju, pakai baju, and on lappy sebab baru teringat ada note penting dalam tu *muntah lagi sebab on FB act. Haha.

Terdengar bunyi mesej masuk. Hiraukan dan lebih focus dekat lappy. Pukul 8 baru tergerak nak tengok mesej. Ingatkan syaza bam bam yang text kejut bangun tidur. Tengok nama tertera Jiha Ed. Berdebar debar dan mulut dah bersedia dengan makian. Okayyy, dah menjerit sebab dapat mesej class cancell. *Jiha, saya tak marah awak*

Kecewaaaaaa la ! Ape ni dah bangun mandi. Dah segar lepas tu lapar macam mana nak sambung tidur ? Benci Benci laaaaaaa !

Lappy pun dah terpasang semuanya. Dah on Fb. Sayang la nak off. Hahah alasan la kau nisa ! Okay sekarang tengah menaip untuk post ni dan terfikir nak makan karipap. So, Selamat Tinggal :D

Wednesday 6 July 2011

TESTS !

Ehem. Tahu tak test banyakkkkkk sangat ! This week ada 3 test, next week pon same. Ingat otak ni tak payah rehat ? Ahh, hidup students macam ni lah. Bising betul.

Okay yelah kan. Lepas tu nak cerita pasal Abang ;) Ahh tengok. Nak masuk bab emo pulak dah. Haha. Nanti mesti orang tanya, kau mana ada abang ? Ni abang sayang ke hape ? Haha. Ni bukan abang sayang, tapi abang menyakitkan hati. Sudah la kau nisa. Diammm. -________-''

Oh. Nak cakap pasal seorang blogger ni. Even dia lelaki, tp blog dia cool. Kalau tak tergelak time baca blog dia, memang aneh la kan. Haha. Ni pun angah saya yang syorkan. Ecehh. *psst angah, ada nama angah lagi. Hahaha. Okay la. Dah boleh sambung study nampaknya. Bye !


*Apa kena mengena ni ? Hahaha. Okay Tak nak tengok tak payah tengok.  Abaikan je. Hehe.